“Bergantung kepada tujuan dadah diambil, dadah yang biasa diambil untuk meningkatkan prestasi adalah seperti ‘anabolic steroids’. Pengambilan dadah ini akan memberi kesan peningkatan fizikal seperti pembesaran otot, meningkatkan kekuatan dan keupayaan fizikal, dan juga ketahanan jantung,” kata Dr. Hairul.

Terdapat atlet yang tidak sedar mereka mengambil ubat yang tidak dibenarkan. 

“Dalam kes Datuk Lee Chong Wei, bahan yang dikesan di dalam sampel urin atau air kencing beliau adalah dexamethasone. Ini adalah bahan yang biasa diguna untuk merawat keradangan otot. Menurut WADA, ahli sukan dibenarkan untuk menggunakan bahan ini kecuali sewaktu pertandingan.

Dexamathasone merupakan sejenis bahan untuk tujuan merawat kecederaan. Ia tergolong dalam kategori anti-inflammatory corticosteroid ataupun ubat atau dadah jenis steroid untuk tujuan menggurangkan kebengkakan pada tisu lembut atau soft tissue sama ada otot, ligamen ataupun tendon. 

Bergantung pada dadah yang diambil, ia memberi kesan terhadap peningkatan saiz otot, kekuatan fizikal, keupayaan dan ketahanan. Selain itu, dadah juga mempunyai risiko kesihatan terhadap atlet.

 

3 Sebab Pengharaman Steroid :

  1. Kesihatan – Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
  2. Etika – Dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet melebihi tahap biasa.
  3. Undang-Undang – Sesetengah dadah adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

 

Maksud doping: penggunaan bahan yang dilarang dengan tujuan meningkatkan prestasi seseorang atlet.

Senarai bahan yang dilarang yang boleh mengganggu prestasi atlet boleh dirujuk daripada ‘Prohibited List International Standard’ pada tahun 2005 atau dengan melayari www.wada-ama.org.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/salah-guna-dadah-dalam-sukan-1.28218#ixzz4dFaKm6Bl
© Utusan Melayu (M) Bhd